Topik 1.1.6
Sebab dan Akibat dalam Sejarah
Bahagian 1 / 2
Aktiviti Formatif
Jejak Kemajuan Melaka
Klik setiap titik bernombor untuk melengkapkan rantaian peristiwa.
Nota & Info
Setiap peristiwa sejarah tidak berlaku secara tiba-tiba. Sesuatu peristiwa mempunyai sebab, iaitu punca peristiwa itu berlaku, dan akibat, iaitu kesan yang terhasil selepasnya. Memahami hubungan ini membantu kita melihat sejarah sebagai satu rangkaian peristiwa yang saling berkait.
Ringkasan — Daripada Lokasi kepada Kegemilangan
Kedudukan strategik Melaka menarik kedatangan pedagang dan seterusnya membantu Melaka berkembang sebagai emporium yang masyhur.
“
Soalan KBAT
Apakah iktibar daripada kegemilangan Melaka yang boleh diamalkan untuk memajukan negara pada masa kini?
Lihat cadangan jawapan
- Menggunakan kelebihan negara dengan bijak.
- Mengukuhkan perdagangan.
- Menjaga keamanan dan bekerjasama dengan negara lain.