Topik 2.1.4

Ciri Zaman Air Batu Akhir

Aktiviti Formatif
Detektif Ciri Zaman Air Batu Akhir

Seret setiap kad grafik ke ruang kategori yang berkaitan. Lengkapkan kesemua enam padanan.

KATEGORI
KAD GRAFIK
Nota & Info

Zaman Air Batu Akhir mempunyai suhu yang sangat sejuk, paras laut yang rendah dan kawasan daratan yang luas. Manusia dan haiwan perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran tersebut. Bermula kira-kira 8,500 tahun dahulu, suhu bumi meningkat dan air batu mula mencair.

Ringkasan — Dunia yang Membeku dan Berubah

Zaman Air Batu Akhir dicirikan oleh suhu sejuk, paras laut rendah (pulau bersambung), binatang berbulu tebal, tumbuhan rumput, dan manusia nomad pemburu. Apabila Asia mula panas, manusia pun berhijrah ke sana.

Soalan KBAT

Rumah keluarga Raju telah dilanda bencana banjir kilat yang luar biasa akibat taburan hujan yang sangat tinggi. Selepas banjir surut, sebahagian besar kelengkapan rumah, buku sekolah Raju, dan harta benda mereka telah musnah serta disaluti lumpur tebal. Pada pendapat anda, bagaimanakah Raju dapat bangkit semula menghadapi cabaran apabila berlaku bencana alam?