Tamadun Rom — Seni Bina
Enam Pemangkin Seni Bina
Kepakaran arkitek, pendidikan praktikal, sokongan pemerintah, bantuan kewangan, teknologi simen dan tenaga buruh bergabung menjadikan seni bina Rom antara yang terhebat dalam sejarah.
Kepakaran
Pendidikan
Dasar pemerintahan
Kewangan
Teknologi
Sumber alam dan buruh
Kemunculan arkitek seperti Marco Vitruvius yang mengarang buku On Architecture pada tahun 46 SM
Sistem pendidikan yang praktikal melahirkan warganegara yang mahir dalam pelbagai bidang termasuk seni bina
Sokongan pentadbir seperti Marcus Visanius Agrippa (63–12 SM)
Kerajaan memberikan bantuan kewangan agar projek yang dirancang berjalan lancar
Gabungan teknologi zaman Yunani dengan teknologi Rom, seperti penggunaan simen serta penekanan kepada ketahanan dan nilai estetika
Golongan buruh yang sebahagian besarnya terdiri daripada golongan hamba